Harimau putih bertemu semula penjaganya selepas lima tahun – saksikan reaksinya!

Sponsored Links


Advertisements:


Lawatan di zoo haiwan boleh menjadi sesuatu yang menghiburkan dan juga menakjubkan. Lelaki ini telah melalui satu pengalaman yang hebat dan amat berharga. Anda pasti berasa kagum dan tidak akan dapat melupakan kejadian ini, malahan ia pasti sering terbayang-bayang dalam fikiran anda apabila anda membacanya!

Peristiwa itu berlaku ketika individu itu sedang berehat, setelah berjalan-jalan seketika, dia bersandar di hadapan sangkar harimau. Setelah beberapa ketika, dia mengambil keputusan untuk menoleh ke belakang dan memandang ke arah haiwan bengis itu.

Mengejutkan seluruh Zoo



Samuel, berusia 49 tahun, sedang berehat di atas kaca yang mengelilingi harimau itu pada waktu tersebut. Setelah lama menunggu, peluang untuknya berhadapan dengan harimau itu telah tiba. Samuel tidak pasti sama ada kucing besar itu mengenalinya selepas ketiadaannya selama lima tahun itu. Reaksi awalnya tidak menyatakan bahawa ia berminat dengan Samuel. Namun, hanya apabila Samuel bersedia untuk berputus asa dan pulang ke rumah, sesuatu yang ganjil telah berlaku! Kucing besar itu berjaya memeranjatkan seluruh zoo.

Bercita-cita untuk menjadi Penjaga Zoo



Sepanjang hayatnya, sebenarnya Samuel amat tertarik dengan haiwan. Dilahirkan dan dibesarkan di kawasan yang dikelilingi hutan, dia sering membawa pelbagai haiwan pulang yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, walaupun ibunya sering merasa ragu-ragu terhadap kelakuannya.

Oleh itu, apabila Samuel mengumumkan kepada semua orang apa yang dia telah rancang untuk menjadi pekerjaannya, tiada siapa yang terkejut. Dia bercita-cita untuk menjadi penjaga haiwan. Tetapi Samuel pun tidak dapat meramalkan bahawa peristiwa yang luar biasa ini akan berlaku di zoo.

Harimau betina yang Gagah



Tiada apa yang menggembirakan Samuel daripada direkrut oleh seseorang yang dekat dengan tempat kelahirannya, yang merupakan seorang penjaga zoo. Dia akhirnya dapat melakukan sesuatu yang menggembirakan hatinya setiap hari. Tambahan pula, pekerjaan ini menawarkan gaji yang cukup untuk Samuel! Ini menjadikan kehidupan Samuel lebih baik dan membuatkannya bersemangat untuk ke zoo setiap hari!

Terdapat juga seekor haiwan yang unik ditempatkan dalam zoo ini.Ianya tidak lain dan tidak bukan, ialah seekor Harimau betina yang gagah, yang berwarna putih…

Hubungan istimewa antara Samuel & Luna



Luna, satu-satunya harimau putih di zoo itu, memuja Samuel. Samuel juga memujanya. Tiada siapa yang dapat memahami hubungan luar biasa antara mereka berdua. Luna jarang mendekati mana-mana manusia. Semasa Luna masih kecil, dia dianiaya di tempat-tempat pelancongan hotel yang membuatkannya sangat tertekan dan tidak suka pada manusia. Apabila zoo telah menyelamatkan Luna, dia tidak cuba untuk berinteraksi dengan sesiapa pun. Samuel mampu menembusi dinding ketakutan Luna dengan diikuti banyak sokongan dan kesabaran. Tetapi malangnya, sesuatu telah berlaku…

Komplikasi ketika melahirkan bayi


Advertisements:


Luna akan melahirkan bayi sebagai sebahagian daripada usaha yang dijalankan oleh pihak zoo, iaitu inisiatif pembiakan untuk menyelamatkan harimau putih. Luna mengalami proses kehamilan yang agak sukar, malahan proses melahirkan pula sangat teruk dan mengancam nyawa. Semasa Luna bergelut dengan nyawanya, Samuel sentiasa berada di sisinya dan menjaganya selama berjam-jam. Malangnya, Luna mati akibat komplikasi selepas bersalin. Samuel tidak dapat berhenti menangis atas kehilangannya, tetapi tanpa disangkal lagi, dia tahu bahawa anak-anak Luna perlu keluar secepat mungkin!

Memikul tanggungjawab



Luna telah dibawa untuk dirawat oleh doktor haiwan. Samuel berjalan mundar-mandir di koridor, dengan penuh gelisah dia menunggu sebarang berita. Doktor haiwan itu tidak lama kemudian memberikan Samuel seekor anak. Dia seolah tidak dapat memahami situasi yang berlaku pada waktu itu. Tetapi siapa yang akan menjaga anak itu? Oleh kerana ibu harimau itu telah tiada, Samuel tahu yang dia perlu memikul tanggungjawab itu. Dia telah menjaga Luna selama ini, dan kini bayinya. Namun, yang diharapkan oleh Samuel tidak berlaku…

Menjaga Blanca dengan kasih-sayang



Anak harimau yang tiada ibu itu menjerit dan memusuhi semua orang yang ingin memegangnya. Tetapi walaupun begitu, Samuel tetap mengasuhnya dengan kebaikan yang sama seperti yang telah dia berikan pada ibunya dahulu, dan hati harimau kecil itu perlahan-lahan terbuka menerima Samuel. Blanca, harimau yang baru lahir itu, membesar sepanjang tahun, tetapi lebih kecil daripada harimau sebayanya dan jarang berinteraksi dengan mereka. Blanca hanya percaya pada Samuel. Kemudian sesuatu berlaku yang membuatkan hidup Samuel seperti terhenti…

Perpisahan yang memeritkan



Isteri Samuel telah ditawarkan pekerjaan yang bertempat di negara lain. Tidak ingin melepaskan peluang yang diberikan, dia ingin berpindah bersama-sama dengan Samuel. Samuel telah menganggap Blanca seperti anaknya sendiri yang telah menjadi kesayangannya. Jadi, keputusan untuk meninggalkannya adalah sesuatu yang mengerikan dan menyakitkan baginya.

Dan apabila hari perpisahan itu tiba, Samuel tidak dapat menahan air mata. Air mata Samuel mengalir di wajahnya ketika dia memberikan pelukan terakhir kepada sahabatnya itu. Dan Samuel pun beredar pergi…

Pertemuan yang dinanti-nantikan



Selama lima tahun, Samuel menyokong keputusan isterinya dan sentiasa berada di sisinya. Namun, dia sebenarnya tidak bahagia dan akhirnya isterinya menyedari keadaan itu. Selepas berfikir panjang, isterinya memutuskan untuk berhenti bekerja di luar negara itu untuk dirinya dan Samuel pulang semula ke tempat asal mereka. Apabila Samuel kembali, dia sangat gembira. Dia sangat gembira untuk kembali menjaga haiwan-haiwan, terutamanya Blanca, yang dia impikan setiap hari. Tiba di kawasan simpanan tersebut selepas lima tahun, Samuel terkejut.

Kejutan yang tidak diduga!


Advertisements:


Beberapa ekor harimau menghampiri Samuel tetapi nampaknya tiada Blanca di dalam kelompok haiwan itu…

Samuel yang kecewa merasakan kawannya itu mungkin tidak dapat memaafkannya kerana dia telah mengambil keputusan untuk berjauhan. Samuel mengerutkan dahi menahan perasaan sedih, sehingga;ah dia mendengar bunyi dentuman. Rupa-rupanya Blanca menyelinap dan melemparkan dirinya melalui kaca. Blanca pernah bermain permainan ini bersama Samuel semasa ia kecil dahulu. Samuel berpaling ke belakang dengan rasa terkejut dan gembira. Mereka bersatu, dan Samuel berjanji tidak akan berpisah lagi.

Sponsored Links

x