Makanan: tujuh perkataan dan seluruh dunia sukakannya. Kehidupan kita berkisar tentang apa yang kita makan, apa yang kita ingin rasa dan apa yang kita patut keluarkan dari diet kita. Makanan berfungsi sebagai alat penyatuan budaya, menyatukan keluarga, rakan atau mencipta memori berkongsi. Pada masa yang sama, makanan boleh menjadi musuh utama kita: kami bukan bercakap tentang masalah gangguan makanan, tetapi lebih kepada cara bagaimana kita menyediakan hidangan tersebut.
Sesetengah daripada “makanan harian” kita ada tersembunyi ramuan berbahaya yang kebanyakan orang abaikannya.
Kita akan melihat beberapa makanan berbahaya yang sering disajikan kepada anda!
1/15 – MARJERIN

https://anappleaday.net.au
Marjerin dimasukkan di dalam senarai ini kerana peratusan lemak transnya yang tinggi dan ia sering dikaitkan dengan penyakit jantung. Selain serangan jantung, masalah yang timbul mungkin juga berkaitan dengan penyusuan susu ibu. Sebenarnya, lemak trans yang terdapat dalam marjerin boleh menurunkan kualiti susu ibu yang anda berikan kepada bayi, selain meningkatkan kadar insulin. Kami tahu marjerin memang sedap rasanya. Kita sering menggunakannya dalam masakan kek, kuih-muih dan nasi. Namun, pertimbangkan juga kedua-dua rasa dan risiko sebelum menggunakannya secara berlebihan.
2/15 – SODA

https://images.medicaldaily.com
Air berkarbonat, perasa dan pemanis adalah tiga ramuan utama minuman popular di dunia ini. Selain itu, terdapat juga banyak bahan tambahan lain yang mengubah soda daripada satu alternatif air yang selamat kepada “makanan” yang membawa maut! Kenapa? Ianya mudah. Otak anda tidak akan berasa puas dengan minuman soda bergula, jadi anda akan terus minum dan menambah kalori dalam jumlah harian anda, tanpa memberikan sebarang kesan positif kepada kesihatan anda. Jumlah gula yang tidak diperlukan seperti fruktosa akan ditukar oleh hati anda kepada glukosa, dan badan anda akan menyimpannya sebagai lemak. Lemak jenis ini tidak baik untuk anda kerana ia boleh membawa kepada masalah jantung. Ya, kami tahu anda sukakan minuman soda kerana dopamin telah menjadi penyebab kepada anda gemarkannya. Tetapi, mari mengambilnya secara berpada-pada.
3/15 – MINUMAN TENAGA

https://www.wikihow.com
Anda penat dan mengalami stres mental dan fizikal, jadi sudah tentu anda mahukan minuman tenaga untuk berhadapan dengannya. Minuman tenaga berguna sekiranya diminum bersama kesedaran tentang risiko pengambilannya. Kebanyakannya mengandungi “campuran tenaga” seperti kafein, taurin, guarana, vitamin B dan glukuronolakton dan ianya mungkin berbahaya sekiranya diminum dalam kuantiti yang banyak. Kombinasi aditif ini juga berbahaya sekiranya diambil dalam dos tinggi kerana kesannya sama seperti ubat terlarang, merokok dan pengambilan alkohol. Anda boleh meminumnya tapi pastikan ia dalam kuantiti yang terkawal!
4/15 – JUS BUAH

https://cdn7.avanticart.ro
Walaupun dilabel sebagai 100% buah asli, jus buah tidaklah sesihat yang iklan maklumkan kepada anda. Selepas memerah buah, pengeluar makanan dan minuman biasanya menyimpan jus tersebut di dalam tangki simpanan yang kurang oksigen sehingga satu tahun sebelum mereka membungkusnya. Proses ini membuatkan jus ini hampir tiada rasa. Jadi, dari mana datangnya rasa ketika kita minum air “semula jadi” yang kita sukai ini? Nah, pek perisa yang ditambahkan pada langkah kedualah yang telah memberikan rasa ini. Jadi, perisa buah yang kita rasakan sebenarnya bukanlah perisa buah yang asli.
5/15 – ROTI PUTIH

https://assets.marthastewart.com
Roti putih mempunyai lebih kurang serat dan protein daripada alternatif roti lain (gandum penuh dan roti rai adalah antara dua contoh yang boleh kami berikan kepada anda). Serat membantu badan kita untuk memahami bila ia sudah cukup makan. Rasa perut yang penuh adalah penting jika kita mahu mengelak pengambilan kalori berlebihan. Malah, terdapat juga risiko peningkatan insulin! Insulin berlebihan dalam sistem badan kita biasanya diatasi dengan pengeluaran hormon yang seharusnya tidak berlaku secara aktif pada orang yang sihat. Jadi, mari kawal pengambilan harian roti putih kita untuk mengelakkan masalah insulin.
6/15 – MADU MENTAH

https://foorenews.com
Madu mentah tidak melalui proses pasteurisasi di mana toksin berbahaya biasanya akan dihapuskan di dalam proses tersebut. Sebagai kesannya, produk yang “sedia untuk dimakan” ini mengandungi grayanotoksin, yang boleh menyebabkan pening, lemah badan, peluh berlebihan dan mual selama 24 jam selepas mengambilnya. Seeloknya, ambil madu yang telah diproses atau masukkannya di dalam masakan demi menjamin keselamatannya.
7/15 – TUNA

http://www.mgc-prevention.fr
Masalah pengambilan ikan tuna biasanya berkait dengan isu pencemaran lautan. Tuna menyerap sejumlah besar merkuri, yang – setelah diproses oleh badan kita – akan melalui buah pinggang atau diserap ke otak dan tisu lembut yang lain. Itulah sebabnya kita harus mengawal dos tuna dalam diet kita setiap minggu. Kita mungkin boleh menggantikan makanan lazat ini dengan beberapa alternatif lain yang lebih kurang terdedah kepada merkuri. Antara ikan yang mengandungi kurang merkuri dan tinggi asid lemak Omega-3 ialah tuna dan salmon.
8/15 – DAGING YANG DIPROSES

https://cdn-a.william-reed.com
Apakah itu daging yang diproses? Ia adalah pelbagai jenis makanan, seperti hot dog, bacon, sosej, ham atau salami, daging kornet, daging asap, daging salai dan semua daging yang telah diproses dengan pengasinan, pengawetan, pengetinan, pengeringan atau penyalaian. Daging yang diproses biasanya menyumbang kepada tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan yang lebih teruk lagi. Kesan negatif dari penggunaannya adalah berpunca daripada suhu tinggi yang digunakan untuk memproses daging ini yang kemudiannya membentuk nitrosamin yang bersifat karsinogenik. Karsinogen berbahaya untuk kesihatan anda kerana ia meningkatkan risiko kanser.
9/15 – BIJIRIN SARAPAN PAGI

https://amp.businessinsider.com
Bijirin sarapan mengisi banyak rak di setiap pasar raya yang anda masuki. Ia menjadi salah satu makanan kegemaran untuk sarapan kita kerana ianya sangat sedap. Apa yang tidak disedari oleh kebanyakan orang adalah produk ini dipenuhi dengan ramuan yang diubahsuai secara genetik yang seterusnya mempengaruhi sistem imun kita. Sekiranya anda benar-benar tidak dapat meninggalkan bijirin sarapan pagi, mungkin anda boleh mula mempertimbangkan beberapa alternatif sarapan pagi yang lebih organik! Antaranya seperti yogurt, telur omelet dan sandwich.
10/15 – KEJU

https://www.merriam-webster.com
Walaupun keju adalah sumber kalsium yang berharga – yang boleh menguatkan tulang kita – dan mengandungi protein, fosforus, riboflavin, zink dan beberapa vitamin lain (iaitu, vitamin A, B12), kita perlu mengingatkan diri kita bahawa keju adalah antara makanan yang berkalori tinggi. Semua faktor positif yang ada pada keju mungkin akan hilang jika kita menggabungkannya dengan hidangan makanan yang salah. Oleh itu, fikirkan dua kali sebelum menaburnya ke roti kegemaran anda. Anda mungkin berfikir “kerana ia adalah keju, ia mesti sihat!”? Tidak juga, keju turut mengandungi kandungan garam dan lemak yang tinggi yang tidak bagus untuk kesihatan anda.
11/15 – MAKANAN BEBAS LEMAK

https://s3.amazonaws.com
Walaupun pada awalnya makanan bebas lemak kelihatan seperti alternatif makanan yang bagus untuk diet yang seimbang, realitinya jauh berbeza. Lemak sememangnya amat penting untuk fungsi tubuh dan pertumbuhan yang sihat. Menghilangkan lemak secara total tidak digalakkan, terutamanya jika anda kerap bersenam. Selain itu, bebas lemak juga bermakna yang ia sarat dengan gula proses. Kita biasanya mengaitkan bebas lemak dengan kalori kosong, namun ianya bukan begitu. Sebaiknya, ambillah lemak baik seperti HDL kerana ia membantu mengeluarkan lemak jahat atau kolesterol dari tubuh anda.
12/15 – KENTANG GORENG

http://viralmundo.nl
Pertambahan berat badan yang pantas tetapi menimbulkan rasa bersalah, itu sudah pasti apabila anda makan kentang goreng. Kentang goreng biasanya digoreng dalam minyak sayuran terhidrogenasi yang sering dipanaskan semula menyebabkan kerosakan pada lemak poli tidak tepu. Minyak yang digunakan untuk menggoreng pasti akan merosakkan kesihatan kita kerana minyak ini kaya dengan lemak trans! Seperti yang kita tahu, lemak trans akan menimbulkan banyak masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kanser, diabetes dan obesiti.
13/15 – MAKANAN BERTIN

https://media2.s-nbcnews.com
Biasanya kita akan menggunakan makanan dalam tin apabila kita tiada waktu untuk menyediakan makanan. Bilangan tin jagung yang sedikit tidak akan membahayakan sesiapa, tetapi jangan biarkan kemalasan ini menjadi satu habit. Pengetinan adalah proses yang membolehkan kita mengawet makanan untuk jangka masa yang lebih lama (dari satu hingga lima tahun dan kadang-kadang lebih lagi). Pada masa yang sama, nutrien lain seperti vitamin yang larut dalam air boleh rosak akibat suhu tinggi yang digunakan dalam proses pengetinan barang. Selain itu, pihak pengilang biasanya akan menambah gula dan garam yang banyak ke dalam produk tin – terutamanya jika ia berkualiti rendah. Jika boleh, hadkan pengambilan makan bertin anda, makanan segar sepatutnya menjadi pilihan utama.
14/15 – KIUB STOK

https://fd-v5-api.imgix.net
Kiub stok yang dibeli di kedai mengandungi ramuan tiruan dan garam yang tinggi. Mereka yang mempunyai diabetes lebih terdedah kepada tekanan darah tinggi, yang menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit jantung dan ginjal. Stok buatan sendiri lebih cepat dan mudah dibuat dan ia akan memperkaya resipi anda dengan rasa yang lebih enak. Ianya lebih sihat untuk anda sekeluarga, terutamanya untuk anak-anak anda!
15/15 – GARAM

https://www.zentrum-der-gesundheit.de
Masin bermaksud sedap, ya, kami tahu. Diet yang tinggi garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Apa yang patut kita semua lakukan adalah memantau pengambilan garam kita dengan teliti dan melatih lidah kita supaya terbiasa dengan makanan yang kurang masin, tetapi lebih sihat. Selain itu, kurangkan juga pengambilan makanan dalam botol atau tin kerana ia juga turut tinggi kandungan garam. Selepas ini, bagaimana jika kita menambah sedikit sahaja garam dalam masakan kita dan bukannya segenggam?